JADIKAN KRITIKAN TAJAM SEBAGAI PENGHORMATAN
Sang pencipta dan pemberi rezeki Yang Maha Mulia, seringkali mendapat cacian dan cercaan dari orang-orang pandir yang tidak beraqal. Maka, apa lagi saya, anda dan kita sebagai manusia yang selalu terpeleset dan salah. Dalam hidup ini terutama jika anda seorang yang selalu memberi, memperbaiki, mempergaruhi dan berusaha membangun, maka anda akan selalu menjumpai kritikan-kritikan yang pedas dan pahit. Munkin pula, sesekali anda akan mendapat cemuhan dan hinaan dari orang lain.
Dan mereka, tidak akan pernah diam mengkritik anda sebelum anda masuk kedalam liag lahad, menaiki tangga ke langit, dan berpisah dengan mereka. Adapun apabila anda masih berada ditengah-tengah mereka, maka akan selalu ada perbuatan mereka yang membuat anda bersedih dan menitis kan air mata, mengalirkan darah kematian anda, dan mengusik ketenagan anda.
Perlu diingat; orang yang duduk diatas tanah tidak akan pernah jatuh, dan manusia tidak pernah menendang anjing yang sudah mati. Adapun mereka, marah dan kesal kepada anda adalah kerana munkin anda mengungguli mereka dalam hal kebaikan, keilmuan, tindak tanduk, atau harta.
Jelasnya, anda di mata mereka adalah orang berdosa yang tidak terampuni sampai anda melepaskan semua kurniaan dan nikmat Allah s.w.t yang ada pada diri anda, atau sampai anda meniggalkan semua sifat terpuji dan nilai-nilai luhur yang selama ini anda pegang teguh. Dan menjadi orang yang bodoh, pandir dan tolol adalah yang mereka ingin dari diri anda.
Oleh sebab itu, waspadalah terhadap apa yang mereka katakan; kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka! Bersikaplah laksana batu karang; tetap kukuh berdiri meskipun diterpa
butiran-butiran salji yang menderanya setiap saat dan ia justru semakin kukuh kerananya.
ERTINYA: Jika anda merasa terusik dan terpengaruh oleh kritikan atau cemuhan mereka, bererti anda telah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan kehidupan anda. Padahal, yang terbaik adalah menjawab atau tidak balas kritikan mereka dengan menunjukkan akhlak yang baik. Acuhkan saja mereka, dan jangan anda merasa tertekan oleh setiap angkara mereka itu untuk menjatuh kan anda! Sebab kritikan mereka yang menyakitkan itu pada hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk anda. yakni; semakin tinggi darjat dan posisi yang anda duduki, maka akan semakin pedas pula kritikan itu.
Anda tidak akan mampu menutup mulut mereka dan menahan gerakkan lidah mereka. Yang anda mampu, adalah hanya mengubur dalam-dalam setiap kritikan mereka, dan bersikap acuh tidak acuh terhadap mereka. Dan cukup mengomentari setiap perkataan mereka sebagaimana yang diperintahkan Allah ta'ala didalam firman Nya ini: .... matikan kamu denagn kemarahan kamu itu..... (Ali-'Imran:119).
Bahkan, anda juga dapat melawan perkataan mereka yang buruk dengan diam seribu bahasa dengan cara memperbaiki akhlaq dan meluruskan setiap kesalahan anda. Dan apabila anda ingin diterima oleh semua pihak, dicintai semua orang, dan terhinda dari celaan, bererti anda telah mengiginkan sesuatu yang mustahil terjadi dan mengangankan sesuatu terlalu jauh untuk diwujudkan.
Isu-isu semasa yang dibahas
-
Balasa bagi orang yang meminum arak. Nabi S.A.W pernah bersabda ertinya: "Allah S.W.T telah melaknat pembuat arak, penjual, peminum d...
-
Balasan bagi orang yang menderhaka dan tidak menjaga hak-hak ibu bapa mereka Allah S.W.T telah berfirman ertinya: "Dan jaganlah kamu b...
-
Surah Al-Fatihah bererti surah pembuka kata iaitu Surah yang pertama di dalam Al-Quran mengandungi 7ayat. Ia digelarkan "Ummul-Quran&q...
-
Diriwayatkan nabi S.A.W bahawa baginda bersabda: "Barang siapa yang meringan-ringankan solat dibalas ke atasnya dibalas 15 jenis seksaa...
-
Satu hari Luqman Al-Hakim ditanya oleh anaknya: "Ayah, apakah sebaik-baik perangai bagi manusia?". Jawab Luqman : Agama. bert...
-
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh du...
-
Sebagi manusia pernahkah kita terfikir dan hati mula berkat " Jika tidak mati nescaya hidup akan terus kekal seperti keadaannya.&...
-
JADIKAN KRITIKAN TAJAM SEBAGAI PENGHORMATAN Sang pencipta dan pemberi rezeki Yang Maha Mulia, seringkali mendapat cacian dan cercaan d...
-
Tajuk ini memperkatakan mengenai seksaan bagi orang yang berzinar. Allah S.W.T berfirman ertinya: "Janganlah kamu hampiri zinar, sesun...
-
Hadis Abdullah bin Umar r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika tiga orang lelaki sedang berjalan-jalan, tiba-tiba turun hujan. Lalu mereka ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment