Isu-isu semasa yang dibahas

Thursday, April 28, 2011

KENALI TOKOH ISLAM

Imam Syafie Rahimahullah

Riwayat hidup

1. Nama : Ialah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas Bin Usman bin Syafi Bin Sahib Bin Abdul Yazid Bin Hashim Bin A.Mutalib Bin Manaf, lahir pada 150H/767M di Qhazzah, Palastin, di daerah Asqilan.
2. Beliau berketurunan Quraish. Ayah dan ibunya berasal dari mekah. Ibunya bernama Fatimah binti Abdullah Bin Hasan Bin Ali Bin Abi Talib. Beliau dilahirkan pada kematian Imam Abu Hanifah R.H.
3. Bapanya meninggal dunia ketika beliau masih dalam kandungan ibunya. Ketika berusia 2 tahun, beliau kembali ke Mekah dan hidup miskin.
4. Beliau digelar Abu Abdullah kerana seorag anaknya bernama Abdullah. Juga digelar Syafie semperna nama datuknya.
5. Beliau seorang yang kuat ingatan, terang hati, rajin serta mempunyai peribadi yang sangat tinggi.
6. Pendapat beliau dikenali sebagai Mazhab Syafie.
7. Beliau sangat menjaga disiplin masa dimana 1/3 masanya digunakan untuk menulis ilmu, 1/3 digunakan untuk beribadat dan 1/3 lagi digunakan untuk beristirehat.
8. Meninggal dunia pada 29 rejab tahun 204 hijrah bersamaan 820 masihi di mesir.

Pendidikan

1. Mula belajar Al-Quran ketika umur 5 tahun dan menghafaz keseluruhan Al-Quran ketika berusia 9 tahun
Suaranya amat merdu.
2. Walaupun miskin, beliau gigih belajar. Beliau sentiasa berada disamping gurunya yang mengajar dan memberi syarahan. Ingatan yang sangat kuat memudahkan beliau menghafaz pelajarannya. Apabila ketiadaan  gurunya kerana sesuatu urusan, beliau mengambil alih tempat gurunya mengajar.
3. Disamping mendalami ilmu Al-Quran, Hadis dan Bahasa Arab dari pelbagai puak dan kabilah, beliau juga menguasai pelbagai lajah bahasa dan kebudayaan Arab di kampung Banu Huzail di kota Mekah. Beliau juga mahir dalam penulisan dan mampu menggubah syair-syair dan sajak-sajak yang amat indah.
4. Semasa dimekah beliau belajar Hadis daripada :
    a). Sufyan bin Uyainah : ulamak dan ahli hadis terkemuka di Mekah.
    b). Muslim bin Khlid Al-Zanjali: ulamak dan Mufti Mekah.
    c). Said bin Salam Al-Qadah
    d). Daud bin Abdul Rahman al-Ator
    e). Abdul Mujid bin Abdul Aziz.
5. Di Mekah juga beliau mempelajari ilmu Al-quran daripada Ismail bin Qistintin.
6. Di Madinah beliau belajar daripada beberapa tokoh ulamak hadis yang mahsyur. Antaranya:
    a). Imam malik bin Anas R.H
    b). Ibrahim bin Abi Yahya Al-Samii
    c). Muhammad bin Said bin Abi Fadil
    d). Abdullah bin Nafi Al-Soni.
7. Beliau meghafal Kitab Muwattak karangan imam malik R.H ketika berusia 10 tahun dan ketika itu beliau belum lagi berguru dengan imam tersebut.
8. Selain belajar di Mekah dan Madinah, Imam Shafie R.H mengembara ke iraq, parsi, palestin, dan yaman bagi menuntut ilmu. Disamping megembara beliau juga mengajar hadis yang terdapat dalam kitab muwattak. Beliau akhirnya menetap di Mesir.
9. Ketika umur berusia 15 tahun beliau diiktiraf guru sheikh di Masjidil Haram,Mekah dan boleh memberi fatwa.

Keperibadian

1. Beliau seorang yang tinggi, gagah, dan putih kulitnya. Suaranya menarik dan fasih. Budi perkertinya luhur, berpengetahuan dan bercita-cita tinggi. Terpancar pada peribadinya segala sifat kebesaran dan kemuliaan. sangat memelihara adab ketika menuntut ilmu.
2. Pakar dalam ilmu Falak, ahli sukan memanah dan handal menunggang kuda.

Kemiskinan Tidak Menghalag Daripada Menuntut Ilmu

Beliau mengutip kertas dalam bakul sampah di pejabat-pejabat untuk mencatat ilmu yang dipelajarinya. Biliknya yang sempit penuh dengan nota-nota tersebut. Setelah beberapa bulan, kesemua ilmu tersebut dihafalnya, biliknya menjadi lapag semula.


Sumbangannya

1. Mengasaskan kaedah-kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum seperti menggunakan hadis yang sohih untuk mensabit hukum tanpa melihat statusnya.
2. Tidak menerima kaedah istihsan.
3. Mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan hukum
4.Berijtihad mengikut tempat dan suasana. Ini terbukti dengan lahirnya  Qaul Qadim/pendapat lama di baghdad dan Qaul jadid/pendapat baru mesir.
5. Berhujah dengan golongan anti hadis. Perdebatan ini tersebut dalam kitab Al-Risalah
6. Beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah ibadah.
7. Beliau banyak mengarag buku terutamanya dalam feqah. Antara hasil karyanya ialah:

     a). Al-Um: Ibadat 
     b). Al-Risalah- Usul Feqah
     c). Al-Ikhtilaaful Hadis- Hadis
     d). Al- Musnad- Hadis

8. Beliau juga meniggalkan ramai anak murid yang berkelibar dalam bidag ilmu agama. Antaranya:

    a). Imam Abu Ibrahim Ismail bin Yahya Al-Munzi.
    b). Imam Ar-Rabi' bin Sulaiman bin Abdul Jabbar Al-Marawi.
    c). Imam Abu Sur
    d). Ibrahim bin Khalid bin Al-Yaman Al-Kalabi Al-Baghdadi
    e). Imam Husin bin Muhamad Al-Sobah Al-Za'farooni Al-Baghdadi.

9. Aliran pendapat beliau dikenali dengan mazhab Syafie yang berkembang di seluruh dunia termasuk di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand.
10. Di Malaysia pengaruh mazhab ini sangat ketara di mana fatwa hukum syarak mestilah berdasarkan pandagan muktamad dalam mazhab Shafie sekiranya tidak bertentangan dengan kemaslahatan awam.

Catatan lain
-Beliau digelar Bapa Usul Feqah kerana beliau orang pertama menulis buku di bidang tersebut iaitu Kitab Al-Risalah.
-Mazhab beliau merupakan mazhab yang dinamik dan intelektual. Ini disebabkan sifat beliau yang bijak berdebat, kuat ingatan serta mahir dalam hukum agama.

Keterangan ringkas yang dapat saya sampaikan mengenai riwayat Imam Syafie...
salah dan silap harap dapat dimaafkan dan apa yang baik datag dari Allah dan jika Ada salah dan silap itu kelemahan diri saya sendiri.. Akhir degan tasbih kifarah dan surah Al-Asr...

No comments:

Post a Comment