Isu-isu semasa yang dibahas

Wednesday, May 18, 2011

Keutamaan Terhadap Ibu Bapa.

Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika tiga orang lelaki sedang berjalan-jalan, tiba-tiba turun hujan. Lalu mereka berteduh di dalam gua sebuah gunung. Secara tiba-tiba pintu gua itu tertutup dengan sebuah batu besar menyebabkan mereka terkurung, lalu sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Ingatlah semua amal baik yang pernah kamu lakukan kerana Allah s.w.t. Setelah itu berdoalah kepada Allah s.w.t dengan amalan masing-masing. Semoga Allah s.w.t menolong kesulitan ini. Lelaki pertama berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku mempunyai dua orang ibu bapa yang sudah tua melarat. Mereka tinggal bersama keluargaku yang terdiri dari seorang isteri dan beberapa orang anak yang masih kecil. Aku pelihara mereka serta berkhidmat untuk mereka. Sebaik sahaja aku mempunyai masa lapang aku terus memerahkan susu untuk mereka. Aku utamakan kedua orang tuaku untuk meminumnya terlebih dahulu daripada anak-anakku. Satu hari kerana kesibukan pekerjaanku sehingga ke petang, baru aku dapat pulang. Aku dapati kedua orang tuaku sudah tidur. Seperti biasa aku terus memerah susu. Aku letakkan susu tersebut di dalam sebuah bejana. Aku berdiri di hujung kepala kedua orang tuaku, namun aku tidak sanggup membangkitkan mereka dari tidur yang nyenyak. Aku juga tidak sanggup memberi anak-anakku minum terlebih dahulu sebelum kedua orang tuaku meminumnya, sekalipun mereka meminta-minta di hadapanku kerana lapar dahaga. Aku terus setia menunggui mereka dan mereka juga tetap pula tidur sampai ke pagi. Jika Engkau tahu apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata mengharapkan keredaanMu, maka tolonglah aku dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini, sehingga kami boleh melihat langit. Disebabkan khidmat bakti tersebut Allah s.w.t berkenan menolong mereka dengan menggerakkan sedikit batu besar tersebut, sehingga mereka boleh melihat langit. Lelaki kedua pula berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku mempunyai seorang sepupu perempuan. Aku mengasihinya sebagaimana cinta seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang cukup mendalam. Aku minta supaya dia melayani keinginan nafsuku. Namun begitu dia tidak sudi untuk berbuat demikian kecuali setelah aku mampu memberikannya wang sebanyak seratus dinar. Untuk tujuan tersebut dengan susah payah akhirnya aku mampu mengumpulkan wang sebanyak itu. Aku membawa wang tersebut kepadanya. Sebaik sahaja aku ingin menyetubuhinya, dia berkata: Wahai hamba Allah! Takutlah kepada Allah. Janganlah kamu meragut kesucian ku kecuali dengan pernikahan terlebih dahulu. Mendengar kata-kata tersebut aku terus bangkit daripadanya serta membatalkan niat jahatku itu. Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredaanMu, tolonglah kami dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini. Allah s.w.t berkenan menolong mereka di mana batu besar itu terbuka sedikit lagi. Lelaki ketiga pula berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku pernah mengupah seorang pekerja untuk menugal padi. Sebaik sahaja selesai melakukan pekerjaan, dia berkata: Berikan upahku. Namun aku enggan membayar upahnya. Dia terus menugal padi dan meminta lagi upahnya beberapa kali. Aku masih seperti biasa, enggan membayar upahnya dan terus mengupahnya menugal padi sehingga aku berjaya memiliki beberapa ekor lembu dan beberapa ekor anaknya. Suatu hari lelaki tadi datang kepadaku dan berkata: Takutlah kamu kepada Allah. Kamu jangan lagi menzalimi aku dengan kewajipanku. Kemudian aku berkata kepadanya: Ambillah lembu itu serta anak-anaknya. Dia berkata: Takutlah kepada Allah dan janganlah mempermain-mainkan aku. Aku berkata: Aku tidak mempermain-mainkan kamu, tetapi ambillah lembu itu serta anak-anaknya. Sehingga akhirnya dia mengambil lembu tersebut. Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredaanMu, tolonglah kami dari kesulitan yang tinggal hanya sedikit lagi. Akhirnya Allah pun menolong mereka dengan menggerakkan batu besar yang menutupi gua tempat di mana mereka berteduh.

Tuesday, May 3, 2011

Iman dan Maksudnya

1.Erti iman : Tasdik/ mengaku di hati, ikrar dengan lidah dan pembuktian dengan amaln dan angota.

Maksudnya: Mengakui dihati bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah S.W.T dan Nabu Muhammad S.A.W  itu adalah utusanNya, Ikrar dengan lidah iaitu syahadah dan membuktikan apa yang di tasdik dan di ikrar itu melalui amalan angota dan melaksanakan apa yang disuruh dan meniggalkan apa yang di larang

2.Mukmin: Orang yang percaya dan yakin sepenuhnya kepada Allah S.W.T beramal dengan segala yang disuruh dan serta menjauhi segala yang dilarang.

3.Iman yang teguh membentuk seorang menjadi insan yang soleh, berakhlak mulia, bertanggug jawab, berani menegakkn keadailan dan sentiasa mempertingkatkan ilmu pengetahuan.

4. Iman terbentuk melalui hati, lidah dan amalan anggota. Iman juga boleh terbatal melalui ketiga-tiganya
a) Terbatal melalui hati seperti percaya Allah S.W.T tiada  atau percaya alam ini terjadi dengan sendirinya.
 b)Terbatal melalui lidah seperti menyatakan Al-Quran tidak sesuai diamalkan pada zaman ini atau ajarn islam ketinglalan zaman.
c)Terbatal memalui amalan anggota/perbuatan seperti menyembah berhala, menyembah kubur dan memakai tangkal azimat.
 5.Iman menghasilkan kesan yang positif dalam membentuk peribadi mulia individu muslim antara caranya ialah:
          a).Sentiasa berakhlak mulia dan malu untuk berperangai tidak sopan.
          b).Berani berjihat pada jalan Allah S.W.T
          c).Sentiasa pemurah dan suka bersedekah.
          d).Sentiasa bersabar dan tabah meghadapi ujian Allah S.W.T
          e).Sentiasa amanah dan bertanggug jawab melaksanakan tugas yang diberi

7.Keperluan iman dalam hidup.
          a)Membentuk insan muslim sejati
          b)Supaya istiqamah dalam ibadat
          c)Bertanggung jawab dan amanah
          d)Berani menegakkan kebenaran
          e)Pencetus semangat jihat
          f)Melahirkan generasi yang berakhlak mulia
          g)Sabar dan radha menghadapi kesusahan.

8.Ada banyak perkara yang membatalkan iman. Antaranya ialah Syirik, Kufur, Riddah, Khurafat, Sihir dan munafiq 

Monday, May 2, 2011

Kelebihan Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah bererti surah pembuka kata iaitu Surah yang pertama di dalam Al-Quran mengandungi 7ayat. Ia digelarkan "Ummul-Quran" (Ibu-Al-quran) kerana ia mengandungi secara ringkas dasar-dasar keseluruhan kandungan.

Semenjak zaman Rasulullah S.A.W dan para ulama kemudiannya telah mengamalkan membaca Surah ini pada setiap majlis agama dan berdoa. Memang isi kandung surah Al-Fatihahpun merupakan doa yang sangat berfaedah bagi setiap orang islam. Di antaranya ialah untuk memohon pertolongn dan pertunjuk Allah kepada jalan yang lurus (benar) dan bukan jalan yang menyesatkan.

Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW mengenai fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Fatihah ini. Di antara sabda baginda bermaksud:

*"Membaca Fatihah kitab (Al-Quran) mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran."
*Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 70kali setiap hari dalam keadaan berwudhuk dan ditiupkan pada air lali diminum selama 7hari. Inya-Allah akan mudah memperolehi ilmu pengetahuan; disamping itu dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara-perkara yang merosakkan.
*Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, surah Al-Falak dan surah An-Nas, Insya-Allah akan aman tenteram dan jauh dari ganguan jin dan syaitan.
* Bagi mereka yang mempunyai hajat yang baik, termasuk untuk mendapt kenaikan pangkat/darjat, untuk mendapat rezeki yang lumayan dari keadaan fakir, untuk mendapat menyelesaikan hutang, untuk menyemburkan penyakit, agar anak menjadi soleh dan berbagi hajat lagi, maka hendaklah memohon kepada Allah SWT dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 41kali  setiap hari. Waktunya ialah di antara solat sunnat subuh dan solat fardhu subuh. Amalkan amalan ini sehingga 40 hari Insya-Allah hajat hajat kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
*Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap lepas solat fardhu, Insya-Allah akan memperolehi rezeki yang lumayan, pangkat/darjat yang baik di sisi masyarakat , baik dari segi akhlak.  Mudah dalam urusan hidupnya dan keluarga mendapat perlindungan Allah S.W.T
*Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudahkan segala urusan hidup serta terhinda dari segala kesulitan.  Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41kali  semasa makan sahur malam. Insya-Allah akan dimakbulkan Allah S.W.T
*Setengah ulamak menganjurkan membaca Al-Fatihah sebanyak 40kali  setiap selepas solat magrib dan sunnatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah S.W.T Insya-Allah hajatnya akan termakbul.
*Dianjukan juga amalan membaca Al-Fatihah sebanyak 41kali, Inya-Allah dapat mengubati sakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lain. Hendaklah yakin bahawa Allah maha berkuasa keatas seluruh makluknya,tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah S.W.T. 

Demikianlah di antara fadhilat Al-Fatihah, dan banyak lagi Fadhilat lain apabila membaca surah Al-Fatihah