Isu-isu semasa yang dibahas

Saturday, April 30, 2011

Mengapa Kita Mesti Mati dan Hidup Selepas Mati

      Sebagi manusia pernahkah kita terfikir dan hati mula berkat " Jika tidak mati nescaya hidup akan terus kekal seperti keadaannya." 

 Tetapi jika kita memerhati dengan teliti dan membayangkan tentang kehidupan tanpa kematian,  nescaya dia mendapati kematian itu merupakan sesuatu kepastian sebagai seorang manusia. Jika kehidupan dunia itu berterusan tanpa kematian, manusia tetap tidak akan dapat mencapai lebih daripada jaraknya yang pendik, pengetahuan yang sempit dan ufuknya yang terbatas. Biar sebanyak mana ilmu yang diperolehinya semasa di dunia namun dia hanya boleh mengetahui mengikut kadar kebolehannya kerana permikiran manusia sudah di hadkan oleh Allah S.W.T.

Kematian itu sering mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seharian kita, ini kerana ia dapat mencegah manusia dari terpesona dengan keindahan dunia yang penuh degan pelbagi penipuan dan fitnah. Jika tiada kematian, manusia akan bertindak sekejam-kejamnya, pihak yang kuat akan mengania pihak yang lemah. Dengan ini kita boleh melihat ke Esaan dan ke Adilan Allah S.W.T.

Semoga manusia sentiasa dapat mengigati dan tidak melupakan hakikat yang mengerikan ini, iaitu hakikat kematian. Di dalam kehidup manusia ia tidak mempunyai rasa apa-apa ketakutan melainkan ia dapat merasa ketakutan itu dengan saat permindahan dari kehidupan dunia yang telah dikenalinya dan dihayatinya, kepada kehidupan akhirat iaitu denagan kematian. Pada dasarnya  ketakutan manusia kepada kematian itu berpunca dari sangkaannya bahawa dengan kematian, dia akan kehilangan kehidupan yang sangat-sangat dikasihinya. Tetapi adakah manusia akan takut mati setelah berasa yankin bahawa rohnya kekal abadi dan bahawa kehidupan yang sebenar sesudah mati. Apabila dia mengaitkan hakikat kematian dengan kerja pengkebumian maka timbullah di dalam diri manusia iaitu perasangka bahawa kematian itu bermaksud kehilagan kehidupan di dunia..

Ingatlah sesugguhnya kehidupan di dunia hanyalah sementara ia juga neraka bagi orang yang beramal soleh dan syurga bagi yang kufur dan fasik. Carilah amal kebajikan sebanyak mana yang boleh untuk dibawa bekalan pada alam kubur. Sesugguhnya manusia ini tidak dapat lari dari melakuakn dosa dan kesilapan, dengan ini kita dianjurkan beristighfar semoga Allah S.W.T. dapt mengampuni dosa makhluk ciptaannya, sesugguhnya  Allah maha mengetahui segala apa yang ada didalam dan diluar bumi....

Thursday, April 28, 2011

KENALI TOKOH ISLAM

Imam Syafie Rahimahullah

Riwayat hidup

1. Nama : Ialah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas Bin Usman bin Syafi Bin Sahib Bin Abdul Yazid Bin Hashim Bin A.Mutalib Bin Manaf, lahir pada 150H/767M di Qhazzah, Palastin, di daerah Asqilan.
2. Beliau berketurunan Quraish. Ayah dan ibunya berasal dari mekah. Ibunya bernama Fatimah binti Abdullah Bin Hasan Bin Ali Bin Abi Talib. Beliau dilahirkan pada kematian Imam Abu Hanifah R.H.
3. Bapanya meninggal dunia ketika beliau masih dalam kandungan ibunya. Ketika berusia 2 tahun, beliau kembali ke Mekah dan hidup miskin.
4. Beliau digelar Abu Abdullah kerana seorag anaknya bernama Abdullah. Juga digelar Syafie semperna nama datuknya.
5. Beliau seorang yang kuat ingatan, terang hati, rajin serta mempunyai peribadi yang sangat tinggi.
6. Pendapat beliau dikenali sebagai Mazhab Syafie.
7. Beliau sangat menjaga disiplin masa dimana 1/3 masanya digunakan untuk menulis ilmu, 1/3 digunakan untuk beribadat dan 1/3 lagi digunakan untuk beristirehat.
8. Meninggal dunia pada 29 rejab tahun 204 hijrah bersamaan 820 masihi di mesir.

Pendidikan

1. Mula belajar Al-Quran ketika umur 5 tahun dan menghafaz keseluruhan Al-Quran ketika berusia 9 tahun
Suaranya amat merdu.
2. Walaupun miskin, beliau gigih belajar. Beliau sentiasa berada disamping gurunya yang mengajar dan memberi syarahan. Ingatan yang sangat kuat memudahkan beliau menghafaz pelajarannya. Apabila ketiadaan  gurunya kerana sesuatu urusan, beliau mengambil alih tempat gurunya mengajar.
3. Disamping mendalami ilmu Al-Quran, Hadis dan Bahasa Arab dari pelbagai puak dan kabilah, beliau juga menguasai pelbagai lajah bahasa dan kebudayaan Arab di kampung Banu Huzail di kota Mekah. Beliau juga mahir dalam penulisan dan mampu menggubah syair-syair dan sajak-sajak yang amat indah.
4. Semasa dimekah beliau belajar Hadis daripada :
    a). Sufyan bin Uyainah : ulamak dan ahli hadis terkemuka di Mekah.
    b). Muslim bin Khlid Al-Zanjali: ulamak dan Mufti Mekah.
    c). Said bin Salam Al-Qadah
    d). Daud bin Abdul Rahman al-Ator
    e). Abdul Mujid bin Abdul Aziz.
5. Di Mekah juga beliau mempelajari ilmu Al-quran daripada Ismail bin Qistintin.
6. Di Madinah beliau belajar daripada beberapa tokoh ulamak hadis yang mahsyur. Antaranya:
    a). Imam malik bin Anas R.H
    b). Ibrahim bin Abi Yahya Al-Samii
    c). Muhammad bin Said bin Abi Fadil
    d). Abdullah bin Nafi Al-Soni.
7. Beliau meghafal Kitab Muwattak karangan imam malik R.H ketika berusia 10 tahun dan ketika itu beliau belum lagi berguru dengan imam tersebut.
8. Selain belajar di Mekah dan Madinah, Imam Shafie R.H mengembara ke iraq, parsi, palestin, dan yaman bagi menuntut ilmu. Disamping megembara beliau juga mengajar hadis yang terdapat dalam kitab muwattak. Beliau akhirnya menetap di Mesir.
9. Ketika umur berusia 15 tahun beliau diiktiraf guru sheikh di Masjidil Haram,Mekah dan boleh memberi fatwa.

Keperibadian

1. Beliau seorang yang tinggi, gagah, dan putih kulitnya. Suaranya menarik dan fasih. Budi perkertinya luhur, berpengetahuan dan bercita-cita tinggi. Terpancar pada peribadinya segala sifat kebesaran dan kemuliaan. sangat memelihara adab ketika menuntut ilmu.
2. Pakar dalam ilmu Falak, ahli sukan memanah dan handal menunggang kuda.

Kemiskinan Tidak Menghalag Daripada Menuntut Ilmu

Beliau mengutip kertas dalam bakul sampah di pejabat-pejabat untuk mencatat ilmu yang dipelajarinya. Biliknya yang sempit penuh dengan nota-nota tersebut. Setelah beberapa bulan, kesemua ilmu tersebut dihafalnya, biliknya menjadi lapag semula.


Sumbangannya

1. Mengasaskan kaedah-kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum seperti menggunakan hadis yang sohih untuk mensabit hukum tanpa melihat statusnya.
2. Tidak menerima kaedah istihsan.
3. Mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan hukum
4.Berijtihad mengikut tempat dan suasana. Ini terbukti dengan lahirnya  Qaul Qadim/pendapat lama di baghdad dan Qaul jadid/pendapat baru mesir.
5. Berhujah dengan golongan anti hadis. Perdebatan ini tersebut dalam kitab Al-Risalah
6. Beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah ibadah.
7. Beliau banyak mengarag buku terutamanya dalam feqah. Antara hasil karyanya ialah:

     a). Al-Um: Ibadat 
     b). Al-Risalah- Usul Feqah
     c). Al-Ikhtilaaful Hadis- Hadis
     d). Al- Musnad- Hadis

8. Beliau juga meniggalkan ramai anak murid yang berkelibar dalam bidag ilmu agama. Antaranya:

    a). Imam Abu Ibrahim Ismail bin Yahya Al-Munzi.
    b). Imam Ar-Rabi' bin Sulaiman bin Abdul Jabbar Al-Marawi.
    c). Imam Abu Sur
    d). Ibrahim bin Khalid bin Al-Yaman Al-Kalabi Al-Baghdadi
    e). Imam Husin bin Muhamad Al-Sobah Al-Za'farooni Al-Baghdadi.

9. Aliran pendapat beliau dikenali dengan mazhab Syafie yang berkembang di seluruh dunia termasuk di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand.
10. Di Malaysia pengaruh mazhab ini sangat ketara di mana fatwa hukum syarak mestilah berdasarkan pandagan muktamad dalam mazhab Shafie sekiranya tidak bertentangan dengan kemaslahatan awam.

Catatan lain
-Beliau digelar Bapa Usul Feqah kerana beliau orang pertama menulis buku di bidang tersebut iaitu Kitab Al-Risalah.
-Mazhab beliau merupakan mazhab yang dinamik dan intelektual. Ini disebabkan sifat beliau yang bijak berdebat, kuat ingatan serta mahir dalam hukum agama.

Keterangan ringkas yang dapat saya sampaikan mengenai riwayat Imam Syafie...
salah dan silap harap dapat dimaafkan dan apa yang baik datag dari Allah dan jika Ada salah dan silap itu kelemahan diri saya sendiri.. Akhir degan tasbih kifarah dan surah Al-Asr...

Wednesday, April 27, 2011

Balasan Pembuatan Zinar

Tajuk ini memperkatakan mengenai seksaan bagi orang yang berzinar. Allah S.W.T berfirman ertinya:
"Janganlah kamu hampiri zinar, sesungguhnya ia satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan" (Al-Israa':32)
 FirmanNya lagi:
"Perempuan yang berzinar dan lelaki yang berzinar maka hendaklah kamu sebat setiap daripada kedua-dua mereka itu seratus kali sebatan." (Al-Nur:2)
Ini menunjukkan bahawa Allah S.W.T amat murka terhadap kedua-duanya jika tidak dilaksanakan hukuman sebat seratus kali itu di dunia, nescaya mereka akan dipalu olehNya di akhirat dengan rantai api neraka."

Diriwayat daripada Rasulullah S.A.W. bahawa baginda telah bersabda:
"Jauhkan olehmu perbuatan zinar itu, sesungguhnya didalamnya ada 6 musibah, tiga daripadanya di dunia, dan tiga perkara di akhirat." Maka para sahabat bertanya: "Apakah wahai rasulullah seksaan semasa didunia?" Baginda menjawab: "1 dikuragkan oleh Allah S.W.T. rezeki yang halal. 2 dihilangkan  keberkatan pada umurnya dan ke 3apabila keluar rohnya dari jasad terlindung daripada pandagan Allah S.W.T dan ditunjukkan kepadanya bayangan neraka dan malaikat zabaniah." Sahabat bertanya lagi: "Apakah pula seksaan di akhirat?" Sabdanya: "1 Allah S.W.T memandang kepadanya dengan pandangan murka, ke2 mendapat seksaan yang amat berat, dan yang ke3 Akan diseksa dengan rantai api neraka."

Nabi S.A.W. turut bersabda:
"Barangsiapa yang mengisi pandagan matanya dengan melihat yang haram maka Allah S.W.T akan mengisi matanya dengan api neraka Jahannam. Barangsiapa yang berzinar dengan seorang perempuan akan dibagkitkan oleh Allah S.W.T. daripada kuburnya dalam keadaan dahaga, telanjang, menangis dukacita dan hitam mukanya. Pada lehernya digantug rantai daripada api neraka dan pakaiannya pula daripada pakaian api neraka lalu Allah berkata inilah azab baginya."
 Manakala Nabi S.A.W. bersabda lagi berkenaan hukuman kepada penzinar:
"Barangsiapa berzinar dengan seorang perempuan yang sudah bersuami adalah ke atasnya dan perempuan itu balasan seksaan pada hari kiamat. Allah S.W.T. akan memerintahkan suaminya mengambil segala pahala kebajikannya dan dia akan menanggung dosa suaminya serta dia nanti akan dihalau ke neraka jahannam apabila suaminya tidak mengetahui bahawa isterinya berzinar."
 Sekiranya ia mengetahui tentang isterinya berzinar lalu ia diam sahaja maka diharamkan oleh Allah S.W.T. bagi suaminya itu syurga kerana sesungguhnya ia tertulis di pintu syurga bahawa "engkaulah dayus." Sekali-kali tidak akan masuk syurga  orang sedemikian dan sesungguhnya tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi serta bukit menyumpah kepada orang yang dayus."

Terdapat daripada Riwayat Nabi pada malam mikraj baginda bersabda:
"Aku melihat didalam neraka satu rumah tembaga yang pintunya terlalu sempit dan didalamnya terdapat beberapa orang lelaki dan perempuan yang terkurung kesemuanya. Di situ terdapat ular dan kala jengking yang berlegar pada kemaluan mereka itu, lalu aku bertanya kepada jibril : "siapakah yang diseksa demikian rupa" Jibril menjawab: "Inilah orang yang berzinar."
 sabdanya lagi
"Barang siapa yang berjabat tangan dengan perempuan yang haram, dia datang pada hari kiamat dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada lehernya dengan rantai api neraka. Jika ia mencium hidung perempuan itu nescaya bibirnya dan hidung akan digunting oleh malaikat Zabaniah dengan gunting api neraka. Sekiranya ia menafikan perbuatan zinar yang dilakukannya, kedua-dua pehanya akan berkata-kata dihadapan Allah S.W.T: "Kami telah berbuat demikian di tempat si polan dan sekian bulan". Lalu Allah S.W.T  akan memandang dengan pandagan murkaNya dan gugurlah daging pada mukanya serta tinggal tulag muka itu tanpa berdaging. Kemudian Allah S.W.T berkata dalam keadaan murka: "Kembalilah engkau ketempat kamu!" Mukanya berterusan kekal hitam kemudian mereka itu bertanya : "Wahai Tuhanku, apakah sebab engkau menyeksaku dengan seksaan yang amat berat ini"? Lantas  semua anggota badannya berkata dengan izin Allah S.W.T tangan nya berkata: "Wahai tuhanku, Aku mencapai benda yang haram." Mata pula berkata: "Aku melihat kepada yang haram". Kaki juga berkata: "Aku berjalan kepada yang haram." Malah kemaluannya turut berkata: "Akulah yang melakukan perkara demikian itu." Seterusnya malaikat di sebelah kanan berkata " aku mendengar ." Malaikat sebelah kiri pula berkata: "Aku mencatat perbuatannya." Bahkan bumipun turut menjadi saksi dengan berkata: "Ia berjalan diatas ku." Akhirnya Allah S.W.T memerintahkan kepada malaikat: "Wahai malaikat, engkau seksalah ia dengan seksaan yang teramat panas kerana ia tidak malu terhadapKu!."

Tuesday, April 26, 2011

PENYAKIT CINTAKAN DUNIA 'WAHAN' YANG ADA PADA UMMAT AKHIR ZAMAN

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; 
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 
H.R. Abu Daud 
Keterangan
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya. 
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t
Kitaa berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.
 

Monday, April 25, 2011

Balasan orang yang minum arak

Balasa bagi orang yang meminum arak. Nabi S.A.W pernah  bersabda ertinya:
"Allah S.W.T telah melaknat pembuat arak, penjual, peminum dan pembelinya."
Sabdanya lagi bermaksud:
"Akan datang pada hari kiamat orang yang meminum arak dalam keadaan hitam mukanya, merah kedua matanya, lidahnya terjelir sampai ke dada, lalu keluar daripada mulutnya nanah,maka seluruh manusia amat membencinya. Oleh itu jagan sesekali memberi salam kepadany dan jangan menziarahinya ketika diasakit serta jagan disolatkan apabila dia mati kelak. Sesungguhnya Allah S.W.T menyeksanya seperti orang yang menyumpah ibu bapanya dan baragsiapa yang minum arak di dunia diharamkan oleh Allah S.W.T ke atasnya di dalam syurga."

Nabi S.W.T juga telah bersabda:
 "Peminum arak akan kuluar dari kuburnya dalam keadaan terlebih busuk daripada bangkai dengan satu pelita tergantung di lehernya, satu bekas pada tangannya dan apa yang ada antara kulit dan dagingnya  dipenuhi beberapa ekor ular dan jengking, dipakai kedua-dua kakinya dengan kasut daripada api lalu menjadi panas kedua-dua kasut itu hingga mendidihkan otaknya yang mana ia tinggal bersama dengan Firaun, Haman dan Qarun."
Diriwayatkan dari pada Aisyah r.a bahawa Nabi S.A.W. bersabda ertinya:

"Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang meminum arak satu suapan sekalipun akan dibinasakan tubuhnya dengan beberapa ekor ular dan kala yang mana patukan dan gigtannya berterusan hinggalah hari kiamat. Dan baragsiapa menunaikan hajatnya seolah-olah ia menolong meruntuhkan agama islam. Barangsiapa yang meminjamkan walaupun satu dirham maka seolah-olah dia menolong membunuh seorag mukmin yang soleh dan baragsiapa yang menghalalkan arak maka sesungguhnya orang itu lepas daripadaKU dan AKU juga lepas daripadanya."
Diriwayatkan daripada Salma r.a pula ia berkata: Aku mendengar daripada rasulullah sabdanya:
"Barangsiapa yang meminum arak tidak akan diterima oleh Allah S.W.T amalannya selama tujuh hari. Maka dihilangkan oleh Allah S.W.T akalnya dan tidak diterima daripadanya segala amalan kebajikan selama empat puluh hari."
 Maka apabila ia mati dalam masa empat puluh hari itu dalam keadaan demikian, Ibn Mas'ud r.a telah berkata: Aku mendengar daripada Nabi S.A.W sabdanya:
"Apabila mati orang yang minum arak seorag  daripada hamba Allah sebanyak empat kali minum, ia akan diseksa oleh Allah S.W.T dengan beberapa jenis seksaan, ditulis namanya di neraka sijin dan tidak diterima daripada mereka solat , puasa dan sedekahnya melainkan juka mereka bertaubat."
 Diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. bahawa bahawa baginda bersabda ertinya:
"Telah dihalau oleh malaikat Zabaniah orang yang meminum arak ke neraka. Apabila hampir dengan neraka, ia dibukakan dan dihumbankan mereka itu kebawah neraka serta diseksa dengan tongkat besi selama-lamanya."
 Gambaran tentang seksaan ini turut dinyatakan dalam Al-Quran sebagai firman Allah:

"Setiap kali hancur binasa kulit-kulit mereka, Kami gantikan dengan yang lain pula supaya mereka merasai kepedihan azab." (Surah Al- Nisaa':56)
 Selain itu, ia juga merasa amat dahaga lalu meminta kepada malaikat Zabaniyah air. Maka malaikat itu Zabaniyah membawa kepadanya minuman tembaga cair dan apabila ia minum bergugurlah gigi-giginya. Apabila sampai minuman itu kedalam perutnya terus ia keluar melalui duburnya seterusnya ia kembali seperti mulanya.Begitulah seksaan orang meminum arak, kita berlindung kepada Allah daripadanya.

Rasullullah S.A.W. bersabda ertinya:
"Barangsiapa yang ada di dalam hatinya seratus ayat Al-Quran padahal ia meminum  arak, tiap-tiap huruf daripadanya datang kepada kepadanya pada hari kiamat menyumpahnya dihadapan Tuhan sekalian alam sedangkan baragsiapa yang disumpah oleh Al-Quran ia akan binasa."
 Uthman bin Affan r.a telah berkata:
"Jauhknlah oleh mu daripada arak, sesungguhnya terdapat pada ummat nabi dahulu seorag lelaki yang terlalu kuat beribadat kepada Allah S.W.T. Maka seorag perempuan yang amat jahat perangainya telah datang kepadanya dengan berkata: " Aku datag memaggilmu kerana aku dijadikan untukmu", lalu dataglah lelaki itu bersama perempuan itu dan kedua-duanya pun masuk kedalam rumah. Kemudian pintu rumah ditutup  dan  dibawa kepada lelaki itu seorag hamba lelaki dan satu bekas arak. Perempuan itu berkata lagi: " Aku memaggilmu untuk mengajak kamu berzinar dengan ku atau membunuh hamba ini atau pun enkau meminum arak ini. Selagi engkau tidak lakukan salah satu daripada tiga perkara ini sudah tentu aku tidak bukakan pintu ini." Maka berfikir si lelaki: 'Jika aku membunuh hamba adalah terlalu besar dosanya dan apabila fikirkan zinar itu pown dosa besar'. Akhirnya dia mengambil bekas arak lalu meminumnya, setelah habis diminumnya ia menjadi mabuk dan telah membunuh seorag hamba itu, kemudiannya berzinar pula dengan perempuan itu dalam keadaan mabuknya"
Oleh itu jauhkan olehmu daripada arak kerana sesungguhnya segala jenis kejahatan tidak akan berhimpun sekali bersama dengan iman..

 

Sunday, April 24, 2011

MOTIVASI DIRI

  JADIKAN KRITIKAN TAJAM SEBAGAI PENGHORMATAN   
Sang pencipta dan pemberi rezeki Yang Maha Mulia, seringkali mendapat cacian dan cercaan dari orang-orang pandir yang tidak beraqal. Maka, apa lagi saya, anda dan kita sebagai manusia yang selalu terpeleset dan salah. Dalam hidup ini terutama jika anda seorang yang selalu memberi, memperbaiki, mempergaruhi dan berusaha membangun, maka anda akan selalu menjumpai kritikan-kritikan yang pedas dan pahit. Munkin pula, sesekali anda akan mendapat cemuhan dan hinaan dari orang lain.

    Dan mereka, tidak akan pernah diam mengkritik anda sebelum anda masuk kedalam liag lahad, menaiki tangga ke langit, dan berpisah dengan mereka. Adapun  apabila anda masih berada ditengah-tengah  mereka, maka akan selalu ada perbuatan mereka yang membuat anda bersedih dan menitis kan air mata, mengalirkan darah kematian anda, dan mengusik ketenagan anda.

    Perlu diingat; orang yang duduk diatas tanah tidak akan pernah jatuh, dan manusia tidak pernah menendang anjing yang sudah mati. Adapun mereka, marah dan kesal kepada anda adalah kerana munkin anda mengungguli mereka dalam hal kebaikan, keilmuan, tindak tanduk, atau harta.
Jelasnya, anda di mata mereka adalah orang berdosa yang tidak terampuni sampai anda melepaskan semua kurniaan dan nikmat Allah s.w.t yang ada pada diri anda, atau sampai anda meniggalkan semua sifat terpuji dan nilai-nilai luhur  yang selama ini anda pegang teguh. Dan menjadi orang yang bodoh, pandir  dan tolol adalah yang mereka ingin dari diri anda.

    Oleh sebab itu, waspadalah terhadap apa yang mereka katakan; kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka! Bersikaplah laksana batu karang; tetap kukuh berdiri meskipun diterpa
butiran-butiran salji yang menderanya setiap saat dan ia justru semakin kukuh kerananya.
ERTINYA: Jika anda merasa terusik dan terpengaruh oleh kritikan atau cemuhan mereka, bererti anda telah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan kehidupan anda. Padahal, yang terbaik adalah menjawab atau tidak balas kritikan mereka dengan menunjukkan akhlak yang baik. Acuhkan saja mereka, dan jangan anda merasa tertekan oleh setiap angkara mereka itu untuk menjatuh kan anda! Sebab kritikan mereka yang menyakitkan itu pada hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk anda. yakni; semakin tinggi darjat dan posisi yang anda duduki, maka  akan semakin pedas pula kritikan itu.

    Anda tidak akan mampu menutup mulut mereka dan menahan gerakkan lidah mereka. Yang anda mampu, adalah hanya mengubur dalam-dalam setiap kritikan mereka, dan bersikap acuh tidak acuh terhadap mereka. Dan cukup mengomentari  setiap perkataan  mereka sebagaimana yang diperintahkan Allah ta'ala didalam firman Nya ini: .... matikan kamu denagn kemarahan kamu itu..... (Ali-'Imran:119).

    Bahkan, anda juga dapat melawan perkataan mereka yang buruk dengan diam seribu bahasa dengan cara memperbaiki akhlaq dan meluruskan setiap kesalahan anda. Dan apabila anda ingin diterima oleh semua pihak, dicintai semua orang, dan terhinda dari celaan, bererti  anda telah mengiginkan sesuatu yang mustahil terjadi dan mengangankan sesuatu terlalu jauh untuk diwujudkan.

Muhasabah Diri

Setiap manusia seharus nya selalu mengigati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. kerana nikmatnya telah
meliputi dari hujung rambut hinga kebawah telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belentara, udara air dan lain2 nya yang Allah berikan kepada anda.

...sekiranya kalian menghintung-hitung mikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitung nya...(Ibrahim :34)

    demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerah kan kepada anda. Dunia ini, berserta apa yang ada didalam nya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; anda menguasai
kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

dia telah memberikan nikmat-nikmat Nya secara sempurna kepada kalian,baik zahir mahupon batin...
(Luqman:20)

 
Anda telah diberi sepasag mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

Maka nikmat tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan
? (Ar-Rahman:13)
    Apakah anda mengira bahawa, berjalan denagn dua kaki merupakan sesuatu yang biasa,
padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Apakah amda mengira bahawa berdiri tegak diatas dua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih
banyak manusia lain kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmat tidur dengan memejamkan kedua-dua mata,  sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur
kerana sakit yang menaggungnya? Pernahkah anda merasa nista ketika anda  dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak org lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?

    Renungkanlah! betapar besarnya fungsi pendengaran, dimata Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda akan terhilag dari kebutaan; dan ingat kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikanlah fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan aqal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan  mata anda denagn emas sebesar gunug uhud? Inginkah menjual pendegaran  anda  seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulag tinggi dengan lidah anda, namun anda  bisu? Apakah anda mahu menukar keuda-dua tagan anda dengan butiran-butiran permata dan berlian, tetapi tangan anda kudung?

    Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tidak terhintung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidak pastian dan terperagkap  dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan keisihatan anda yang stabil.
    Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilag, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada dihadapan anda. Anda anda merasa sedih kerana kerana anda terjatuh dalam pengalaman , padahal anda masih memiliki kunci kebahagaiaan,  memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renugkanlah dan bersyukurlah!

Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian  tidak memperhatikannya? (Adz-Dzariyat:21)

    Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesiahatan, sahabat,
dan dunia sekeliling anda. Dan jaganlah termasuk di golongan:

Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi
mereka mengingkarinya.....
(An-Nahl:83).... 


Salah satu topik yang diambil daripada sebuah buku "don't be sad" 

hasil karya: Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-qarni
Harap kepada pembaca dapat membeli buku ini.... 
buku ini amat bekualiti untuk membimbing dan dapat memberi motivasi yang bagus.
Ia boleh didapati dalam bahasa melayu.

Saturday, April 23, 2011

Balasan orang yang menderhakai ibu bapa

Balasan bagi orang yang menderhaka dan tidak menjaga hak-hak ibu bapa mereka Allah S.W.T telah berfirman ertinya:
"Dan jaganlah kamu berkata kepada kedua-duanya walaupun dengan perkataan 'cis' dan janganlah mengherdik mereka sebaliknya bercakaplah dengan mereka dengan perkataan yang mulia(lembut)."       (Al-Isra':23)
Nabi S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Tiada bezanya di antara orang yang derhaka kepada ibu bapanya dan iblis di dalam neraka melainkan dengan satu darjat. Dan tiada bezanya di antara orang yang berbuat baik kepada ibu bapanya dan para nabi didalam syurga melainkan dengan satu darjat iaitu mereka dapat bersama para nabi di dalam syurga."
 Ada yang meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda: 
"Pada malam peristiwa mikraj ke langit aku melihat beberapa orang yang tergantung kesemuanya pada pelepah tamar di dalam neraka. Lalu aku telah bertanya :" Siapakah mereka itu wahai jibril?" Maka jawabnya :" Wahai muhammad itulah orang yang menyumpah(mencaci) ibu bapanya."
Sabdanya lagi:
"Wasiat ku Bagi kamu agar menjaga solat dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa kamu serta dan orang yang ada di dalam tanggung jawab kamu, maka bahawasanya berbuat baik kepada orang tuanya boleh menambahkan umurnya 3tahun. Lalu apabila seseorag itu berbuat baik pada orang tuanya maka dijadikan Allah S.W.T  umurnya yang 3tahaun itu menjadi 30tahun. Sebaliknya jika ia mencemuh orang tuanya Allah S.W.T menjadikan umurnya yang tiga tahun itu menjadi 3hari."
Baginda bersabda lagi:

"Barangsiapa yang dehaka kepada orang tuanya maka ia derhaka kepada Allah dan rasulNya. Dan golongan yang mendapat siksaan yang paling berat di dalam neraka jahannam ada 3jenis iaitu orang yang derhakakan ibu bapanya, orang yang berzinar dan orang yang syirik kepada Allah."

Terdapat satu kisah daripada orang yang soleh ia berkata:
"Aku berjalan di tanah perkuburan pada satu malam... maka aku lihat satu kubur sedang mengeluarkan asap yang terlalu banyak, lalu aku berhenti melihat kepadanya tiba-tiba kubur itu terbelah dan keluar daripadanya seorag manusia terlalu hitam mukanya dan pada tangan ada tongkat daripada besi, dihadapannya seekor keldai memalu atas kepalanya dan keldai itu berteriak kuat. Kemudian keldai tersebut ditarik kedalam kubur dengan rantai besi daripada api neraka maka masuklah kedua-duanya lalu tertutup kuburnya. Seterusnya aku berjalan dan tiba-tiba aku bertemu seorag perempuan dan aku bertanya kepadanya mengenai kejadian demikian itu. perempuan itu berkata: "Inilah orang yang berzinar, minum arak dan mencemuh ibu bapanya serta ia berkata berteriaklah engkau seperti aku tatkala mati. Maka dijadikan oleh Allah Taala keldai dan mendapat siksaan itu pada setiap malam."

 Oleh itu, aku berlindung kepada Allah daripada perbuatan isi neraka dan kupohon ampun dan rahmat, sesungguhnya Allah Taala itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Friday, April 22, 2011

Lima belas jenis seksaan bagi orang yang meringan solat

Diriwayatkan nabi S.A.W bahawa baginda bersabda:
"Barang siapa yang meringan-ringankan solat dibalas ke atasnya dibalas 15 jenis seksaan;
6perkara ketika di dunia, 3perkara ketika saat kematiannya, 3perkara semasa didalam kuburnyadan, 3lagi ketika bertemu dengan tuhan. Lalu para sahabat bertanya: "Wahai rasulullah, apakah itu seksaan semasa di dunia ini?" Baginda menjawab: "Pertama, Allah akan mengambil keberkatan daripada usianya. Kedua, Allah mengambil kerberkatan daripada rezekinya. Ketiga, Allah akan mengambil ciri(tanda) orang soleh pada mukanya. Keempat, tidak terpelihara baginya agama islam. Kelima, setiap amalan yang dilakukannya di dunia tidak diberi ganjaran pahala. Keenam, doanya tidak diangkat oleh malaikat ke langit.

 Para sahabat bertanya lagi: "Apakah pula seksaan semasa matinya?" Baginda menjawab: "Pertama, matinya dalam keadaan hina. Kedua, matinya dalam keadaan sangat lapar. Ketiga, matinya dalam keadaan sangat dahaga sehinggakan jika dituang air yang ada didunia ini sekalipun tidak akan menghilagkan dahaganya."

Kemudian sahabat bertanya: "Apakah dia seksaan semasa di dalam kuburnya?". Nabi menjawab: "Pertama, disempitkan oleh Allah kuburnya dan diperintah kepada malaikat agar menyeksanya sehingga hari kiamat. Kedua, diseksa orang yang meninggalkan solat itu oleh beberapa ekor ular yang dinamakan al-Syuja'al-Akra' dan kedua-dua matanya daripada api neraka. Ketiga, diseksa oleh malaikat yang kukunya daripada besi kharasani dan panjangnya kukunya itu seumpama perjalanan sehari semalam. Pada tangan satunya alat pemukul daripada besi berat lalu malaikat itu berkata kepada simati dengan suara yang yang seperti halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat daripada Subuh hingga Zohor, kemudian daripada Zohor ke Asar, daripada Asar ke Maghrib dan daripada Maghrib ke Isyak hingga  ke Subuh". Lalu al-Syuja'ul-Akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam kedalam bumi 70hasta. Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat."

Sahabat bertanya lagi :

"Apakah pula seksaan ketika bertemu Tuhannya?" Baginda S.A.W menjawab: "Pertama, Allah memerintahkan malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meniggalkan solat serta dimasukkan kedalam mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap keatas mukanya dan belakagnya . Malaikat yang menghalanya berteriak: "inilah balasan bagi orang yang meniggalkan solat yang difardukan". kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan keneraka bernama Saqar." Ada riwayat daripada Abdullah bin Abbas r.a mengatakan bahawa jika dijatuhkan rantai itu kebumi nescaya terbakar seluruh muka bumi. "Kedua, Allah tidak memandag kepadanya dengan pandagan rahmat. Ketiga, tiada pilihan baginya selain mendapat seksaan yang teramat pedih."  Dan ingatlah wahai manusia jaganlah kamu menggingkari perkara yang difardukan oleh Allah S.W.T. harap ilmu yang sedikt dapat kita amal dan sampai menyampaikan kepada sesama manusia moga kehidupan kita semua diberkati oleh Allah S.W.T......

HARI INI MILIK ANDA - salah satu topik dari buku la tahzan

Apabila anda berada di pagi hari, jangan lah menunggu waktu petang, kerana kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak memerlukan hari kemarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan  yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belom tentu datang.

    Hari dan saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya!
Maka anggaplah masa hidup anda hanya  hari ini saja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan matihari ini juga.

    Falsafah ini akan menyelamatkan hidup anda, sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh tidak kepastian dan seringkali menakutkan.

    Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari sahaja. Dan pada hari
 ini
lah, anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk', membaca
dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlaq, kerelaan dengan semua yang Allah berikan, perhatikan terhadap keadaan sekita, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orag lain.

    Untuk hari ini anda harus mulai membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun, dan setiap detik seakan ratusan tahun; tanamkan lah kebaikan sebanyak-banyak nya pada hari itu; memelihara indah nya kehidupan, meminta ampun dari berbagai dosa yang telah dilakukan, mengigat tuhan, dan mempersiapkn diri untuk pergi jauh
(menghadap NYA). Dengan demikian,hidup anda pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram, serta menerima rezeki istri, suami, anak-anak, tugas-tugas, tempat tinggal dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dengan rasa syukur.

 Terimalah semua yang telah Allah berikan kepada mu dan jadi lah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. (Al-a'araf:144)

    Hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan, gangua, kemarahan, kedengkian dan kebencian atau sakit hati.

    Jangan lupa, hendaklah anda mengukir sebuah tulisan dalam hati anda atau dimeja tempat anda berkerja: "Hari  adalah milik mu". Yakni; apabila hari anda dapat memakan nasik yang harum bau nya, maka apakah anda masih memikir tentang nasik basi yang telah anda makan kemarin, yang akan membahayakan kesihatan anda? Munkin anda masih berfikir tentang nasi yang anda makan esok hari, padahal nasi tersebut masih ada dalam angan-angan.

    Apabila hari ini anda dapat minum air dingin yang menyegarkan, maka mengapa anda harus bersedih atas air masin yang anda minum kelmarin, atau masih mengiginkan air esok yang masin dan panas?

    Seandainya anda percaya diri sendiri mampu mengerjakan segala dengan semangat dan tekad yang kuat, anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpegang pada prinsip;
"Masa hidup hanyalah pada hari ini". Prinsip ini lah yang akan menyibukan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, sekali gus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersih kan amalan dan perbuatan anda.

    Dan itu, akan membuat anda berkata dalam hati : "Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik sahaja tidak bercakap kotor dan yang menjijikkan,
tidak akan pernah mencela, mengherdik dan juga membicarakan keburukan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan perjabat agar tidak berserabut dan berselerak. Dan kerana hari ini saja aku akan dapat hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuh ku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak tanduk ku"

    Kerana hanya akan hidup hari ini, maka aku akan berusaha sekuaat tenaga untuk taat kepada tuhan ku, mengerjakan solat sesempurna munkin, membekali diri dengan solat-solat sunnat nafila, berpegang teguh pada al-quran dan al-sunnah, menkaji dan mencatat segala yang bermanfaat yang ada didalam nya.

    Aku akan hanya hidup hari ini, kerana itu akan aku menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan yang kutanam sampai ke akar-akarnya, dan mematah kan ranting-rantingnya yang berduri; seperti sifat takkabur, ujub, riak dan buruk sangka.

    Hanya kerana hari ini akan aku menghirup udara kehidupan, maka akan aku berbuat baik kepada org lain yang menghulurkan tangan kepada sesiapa pun. Aku akan ziarahi kepada mereka yang sakit, menghantarkan jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi makan orang kelaparan, menolong orang yang sedang kesulitan, membantu org yang dizalimi, menrigankn penderitaan org yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orag-orang alim, menyayagi anak kecil, dan berbakti kepada orang tua.

    Aku hanya akn hidup hari ini, maka aku akan mngucapkn : "Wahai lalu yang berlalu dan selesai, tengelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah enagis pemergianmu, dan kamu tidak akan pernah melihat ku termenung sedetik pun untuk mengigati mu. Kamu telah meniggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi"

    "Wahai masa depan, engkau masih dalam keghiban! dan aku tidak pernah beriman dengan khayalan dan menjual dri  hanya untuk sebuah dugaab. Aku pon tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari munkin tiada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang belom diciptakan dan tidak ada suatu pon darinya yang dapat disebut kan."

    "Hari ini milik anda",
adalah ungkapan yang palig indah dalam "Kamus kebahagiaan"
 kamus bagi mereka yang mengiginkan kehidupan yang paling indah  dan menyenagkan.

Thursday, April 21, 2011

hadis yang meragui

Dari Abu Hurairah r.a : "Rasulullah saw bersabda, "Akan ada di akhir zaman para Dajjal Pendusta membawa hadis-hadis kepada kalian yang mana kalian tidak pernah mendengarnya dan bapa-bapa kalian juga belum pernah mendengarnya. Maka kalian jauhilah (hadis i...tu) dan (pada) mereka (juga) jauhilah. Mereka tidak dapat menyesatkan kalian dan tidak (dapat) memfitnah kalian." [0008] Sahih Muslim   Pengajaran : 1. Akhir zaman (zaman kita ini) akan muncul para pendusta hadis. Antaranya mereka mencipta hadis dengan menyambung-nyambung riwayat yang sahih dan menyelitkan kebohongan-kebohongan di dalamnya. Pada mereka yang tidak biasa (atau tidak berapa mahir dan pasti) mengenai sesuatu hadis, jangan sekali-kali menyebarkannya.   Bagaimana cara mengenali hadis yang palsu? 1. Melalui jalan perawinya. Kadangkala matan (teks hadis) kelihatan seperti benar atau ada kebenarannya, tetapi yang penting adalah perawinya.   2. Keadaan matan tidak terlalu berlebih-lebihan atau lucu. Contohnya hadis palsu yang lucu, 'Nabi itu umpama nasi" atau "Apabila seorang lelaki menjilat piring besar (bekas makanan), nescaya piring itu beristighfar kepadanya"... atau "Bahtera Nabi Nuh tawaf di Baitullah dan solat di makam Nabi Ibrahim" atau "Allah mengadu sakit mata dan malaikat melawatnya" (sungguh terencat akal dan keji sekali perkataan mereka).   3. Antara hadis palsu yang berlebihan (melampau pahalanya dari perbuatan yang kecil), "Sesiapa mengucapkan 'Subhanallah wabihamdihi' akan mendapat sejuta kebajikan (pahala), terhapus sejuta kejahatan (dosa) dan diangkat baginya sejuta darjat...."   4. Kadangkala dilihat matannya seolah-olah benar, tetapi sebenarnya ia adalah hadis palsu, contohnya : "Cintai tanah air adalah sebahagian dari iman". (Ini perlu dilihat dari segi perawinya).   Antara lainnya seperti;   5. Bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis Mutawatir.   6. Bertentangan dengan kenyataan dan ilmu (Contoh : "Bumi itu di atas tanduk lembu).   Banyak lagi antara cara mengenali hadis palsu ini. Tetapi apa paling penting adalah, sekiranya kita berasa ragu akan sesebuah hadis itu, tanyalah kepada ahli ilmu. Jika tiada siapa yang tahu mengenai kesahihan hadis itu, maka JAUHILAH HADIS itu serta JAUHILAH ORANG YANG MENYEBARKANNYA dan jangan sesekali kita ikut menyebarkannya. Inilah jalan paling selamat.   Ini termasuklah hadis Empat Perkara Sebelum Tidur (yang terlalu banyak disebarkan), kerana kami belum berjumpa dalam kitab-kitab hadis sahih. Tidak juga dalam hadis daif dan hadis palsu.   Belum berjumpa bukan bererti perlu menolak hadis itu, tetapi jika meragukan kesahihannya janganlah kita menyebarkannya. Sesiapa yang mengetahui jalan periwayatannya sila kongsi..   Sementara itu haram bagi siapa-siapa yang menyebarkannya dengan beranggapan ia sahih dari Rasulullah saw berdasarkan sangka-sangka, berdasarkan hadis;   Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Tirmidzi, Ahmad, Al-Darimi dan Ibn Majah dengan status Mutawatir).   Tambahan : Kami akan menulis perkara-perkara sebelum tidur Rasulullah saw dari riwayat yang sahih akan datang, InsyaAllah Ta'ala.

Nabi menangis kerana kaum wanita

Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra' mi'raj, Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup."

(Hadis riwayat Bukhari)