Isu-isu semasa yang dibahas

Monday, May 2, 2011

Kelebihan Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah bererti surah pembuka kata iaitu Surah yang pertama di dalam Al-Quran mengandungi 7ayat. Ia digelarkan "Ummul-Quran" (Ibu-Al-quran) kerana ia mengandungi secara ringkas dasar-dasar keseluruhan kandungan.

Semenjak zaman Rasulullah S.A.W dan para ulama kemudiannya telah mengamalkan membaca Surah ini pada setiap majlis agama dan berdoa. Memang isi kandung surah Al-Fatihahpun merupakan doa yang sangat berfaedah bagi setiap orang islam. Di antaranya ialah untuk memohon pertolongn dan pertunjuk Allah kepada jalan yang lurus (benar) dan bukan jalan yang menyesatkan.

Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW mengenai fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Fatihah ini. Di antara sabda baginda bermaksud:

*"Membaca Fatihah kitab (Al-Quran) mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran."
*Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 70kali setiap hari dalam keadaan berwudhuk dan ditiupkan pada air lali diminum selama 7hari. Inya-Allah akan mudah memperolehi ilmu pengetahuan; disamping itu dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara-perkara yang merosakkan.
*Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, surah Al-Falak dan surah An-Nas, Insya-Allah akan aman tenteram dan jauh dari ganguan jin dan syaitan.
* Bagi mereka yang mempunyai hajat yang baik, termasuk untuk mendapt kenaikan pangkat/darjat, untuk mendapat rezeki yang lumayan dari keadaan fakir, untuk mendapat menyelesaikan hutang, untuk menyemburkan penyakit, agar anak menjadi soleh dan berbagi hajat lagi, maka hendaklah memohon kepada Allah SWT dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 41kali  setiap hari. Waktunya ialah di antara solat sunnat subuh dan solat fardhu subuh. Amalkan amalan ini sehingga 40 hari Insya-Allah hajat hajat kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
*Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap lepas solat fardhu, Insya-Allah akan memperolehi rezeki yang lumayan, pangkat/darjat yang baik di sisi masyarakat , baik dari segi akhlak.  Mudah dalam urusan hidupnya dan keluarga mendapat perlindungan Allah S.W.T
*Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudahkan segala urusan hidup serta terhinda dari segala kesulitan.  Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41kali  semasa makan sahur malam. Insya-Allah akan dimakbulkan Allah S.W.T
*Setengah ulamak menganjurkan membaca Al-Fatihah sebanyak 40kali  setiap selepas solat magrib dan sunnatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah S.W.T Insya-Allah hajatnya akan termakbul.
*Dianjukan juga amalan membaca Al-Fatihah sebanyak 41kali, Inya-Allah dapat mengubati sakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lain. Hendaklah yakin bahawa Allah maha berkuasa keatas seluruh makluknya,tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah S.W.T. 

Demikianlah di antara fadhilat Al-Fatihah, dan banyak lagi Fadhilat lain apabila membaca surah Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment