Isu-isu semasa yang dibahas

Wednesday, February 22, 2012

Syaitan yang menghasut manusia kepada munkar....

PERTAMA : Janganlah sesekali engkau bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal bagimu. Di kala itu aku akan menjadi sahabatnya sehingga Janganlah sekali- kali engkau berjanji kepada Allah untuk melakukan kebaikan aku akan menfitnah dia dengan perempuan itu.

KEDUA : Janganlah sekali-kali engaku berjanji kepada Allah untuk melakukan kebaikan atau meniggalkan kejahatan yang hendak dilakukan kerana sesungguhnya tidaklah seorang itu berjanji kepada Allah melainkan aku menjadi sahabatnya sehingga aku meghalanginya.

KETIGA : Jangan sekali-kali engkau berjanji mengeluarkan sedekah, kerana sesugguhnya tidaklah seseorang lelaki yang hendak mengeluarkan sedekah dan hendak melaksanakannya  melainkan aku menjadi sahabatnya sehingga aku menghalangi antaranya dan antara mengeluarkannya.
 Dengan itu ketahuilah Nabi Musa a.s  apa yang harus manusia berhati-hati.


PERTAMA : Seseorang lelaki bersendirian dengan seorang perempuan yang bukan muhrimnya, maka syitan  akan menjadi orang yang ketiga untuk memfitnah agar keduanya melakukan perbuatan hina dan curang.
KEDUA : Jika seorang itu kepada Allah S.W.T akan melakukan kebaikan, maka syitan akan menghalanginya agar janjinya tidak ditepati.
 KETIGA : Jila seorang berjanji hendak melakukan sedekah maka syitan akan menghalanginya berbuat demikian.

nasihat luqman kepada anaknya

Satu hari Luqman Al-Hakim ditanya oleh anaknya:
"Ayah, apakah sebaik-baik perangai bagi manusia?".

Jawab Luqman : Agama.
  bertanya lagi si anak : "Kalau perangai itu 2?"
Jawab Luqman : Agama dan Harata
  tanya si anak lagi : "Kalau tiga?".
Jawab Lukman : Agama, Harta dan Malu
 celah si anak : "Kalau empat?".
Jawab Luqman : Agama, Harta, Malu dan Budi Perkerti yang Baik
  si anak terus bertanya lagi : "Kalau perangai itu Lima?".
Jawablukman : "Agama, Harta, Malu, Budi pekerti yang Baik, dan Permurah"

"Bagai mana kalau perangai itu 6?". Tanya si anak itu lagi.
"Wahai anak kesayagan ku, kalau 5 perangai itu terkumpul kepada seseorang, maka dia adalah orang yang suci, terpelihara  (Takwa Kepada ALLAH), dilindungi  ALLAH S.W.T dan bebas dari syaitan".

Sementara itu,Wahab Munabbih :  "Orang yang jahat perangai dan budi pekerti itu seperti tembikar pecah yang tidak boleh ditampal dan tidak dapat dijadikan tanah liat kembali".
               Al-Fudhail pula berkata : "Aku lebih suka bersahabat dengan orang yang derhaka, asal
budi perkertinya baik, daripada dengan seseorang yang beribadat tetapi jahat budi pekertinya".

              Ibnu Abbas pula pernah ditanya :" Apakah kemuliaan itu ?".
"kemuliaan ialah seperti yang dijelaskan oleh Allah  S.W.T. dalam SURAH Al-Hujarat ayat 13
    Maksudnya : "SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING MULIA DIANTARA  KALIAN DISISI ALLAH IALAH ORANG YANG PALING TAQWA".

            Selanjutnya Ibnu Abbas berkata : " Setiap banggunan mempunyai dasar, dan dasar islam itu adalah budi pekerti yang baik".

Firman ALLAH S.W.T dalam Surah Al-Luqman Ayat 16:
  "Wahai anak  kesayanganku, dirikanlah sembahayang, dan suruhlah berbuat kebaikan, 
serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang munkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa mu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki  diambil  berat  melakukannya".
 

Wednesday, May 18, 2011

Keutamaan Terhadap Ibu Bapa.

Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika tiga orang lelaki sedang berjalan-jalan, tiba-tiba turun hujan. Lalu mereka berteduh di dalam gua sebuah gunung. Secara tiba-tiba pintu gua itu tertutup dengan sebuah batu besar menyebabkan mereka terkurung, lalu sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Ingatlah semua amal baik yang pernah kamu lakukan kerana Allah s.w.t. Setelah itu berdoalah kepada Allah s.w.t dengan amalan masing-masing. Semoga Allah s.w.t menolong kesulitan ini. Lelaki pertama berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku mempunyai dua orang ibu bapa yang sudah tua melarat. Mereka tinggal bersama keluargaku yang terdiri dari seorang isteri dan beberapa orang anak yang masih kecil. Aku pelihara mereka serta berkhidmat untuk mereka. Sebaik sahaja aku mempunyai masa lapang aku terus memerahkan susu untuk mereka. Aku utamakan kedua orang tuaku untuk meminumnya terlebih dahulu daripada anak-anakku. Satu hari kerana kesibukan pekerjaanku sehingga ke petang, baru aku dapat pulang. Aku dapati kedua orang tuaku sudah tidur. Seperti biasa aku terus memerah susu. Aku letakkan susu tersebut di dalam sebuah bejana. Aku berdiri di hujung kepala kedua orang tuaku, namun aku tidak sanggup membangkitkan mereka dari tidur yang nyenyak. Aku juga tidak sanggup memberi anak-anakku minum terlebih dahulu sebelum kedua orang tuaku meminumnya, sekalipun mereka meminta-minta di hadapanku kerana lapar dahaga. Aku terus setia menunggui mereka dan mereka juga tetap pula tidur sampai ke pagi. Jika Engkau tahu apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata mengharapkan keredaanMu, maka tolonglah aku dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini, sehingga kami boleh melihat langit. Disebabkan khidmat bakti tersebut Allah s.w.t berkenan menolong mereka dengan menggerakkan sedikit batu besar tersebut, sehingga mereka boleh melihat langit. Lelaki kedua pula berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku mempunyai seorang sepupu perempuan. Aku mengasihinya sebagaimana cinta seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang cukup mendalam. Aku minta supaya dia melayani keinginan nafsuku. Namun begitu dia tidak sudi untuk berbuat demikian kecuali setelah aku mampu memberikannya wang sebanyak seratus dinar. Untuk tujuan tersebut dengan susah payah akhirnya aku mampu mengumpulkan wang sebanyak itu. Aku membawa wang tersebut kepadanya. Sebaik sahaja aku ingin menyetubuhinya, dia berkata: Wahai hamba Allah! Takutlah kepada Allah. Janganlah kamu meragut kesucian ku kecuali dengan pernikahan terlebih dahulu. Mendengar kata-kata tersebut aku terus bangkit daripadanya serta membatalkan niat jahatku itu. Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredaanMu, tolonglah kami dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini. Allah s.w.t berkenan menolong mereka di mana batu besar itu terbuka sedikit lagi. Lelaki ketiga pula berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku pernah mengupah seorang pekerja untuk menugal padi. Sebaik sahaja selesai melakukan pekerjaan, dia berkata: Berikan upahku. Namun aku enggan membayar upahnya. Dia terus menugal padi dan meminta lagi upahnya beberapa kali. Aku masih seperti biasa, enggan membayar upahnya dan terus mengupahnya menugal padi sehingga aku berjaya memiliki beberapa ekor lembu dan beberapa ekor anaknya. Suatu hari lelaki tadi datang kepadaku dan berkata: Takutlah kamu kepada Allah. Kamu jangan lagi menzalimi aku dengan kewajipanku. Kemudian aku berkata kepadanya: Ambillah lembu itu serta anak-anaknya. Dia berkata: Takutlah kepada Allah dan janganlah mempermain-mainkan aku. Aku berkata: Aku tidak mempermain-mainkan kamu, tetapi ambillah lembu itu serta anak-anaknya. Sehingga akhirnya dia mengambil lembu tersebut. Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredaanMu, tolonglah kami dari kesulitan yang tinggal hanya sedikit lagi. Akhirnya Allah pun menolong mereka dengan menggerakkan batu besar yang menutupi gua tempat di mana mereka berteduh.

Tuesday, May 3, 2011

Iman dan Maksudnya

1.Erti iman : Tasdik/ mengaku di hati, ikrar dengan lidah dan pembuktian dengan amaln dan angota.

Maksudnya: Mengakui dihati bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah S.W.T dan Nabu Muhammad S.A.W  itu adalah utusanNya, Ikrar dengan lidah iaitu syahadah dan membuktikan apa yang di tasdik dan di ikrar itu melalui amalan angota dan melaksanakan apa yang disuruh dan meniggalkan apa yang di larang

2.Mukmin: Orang yang percaya dan yakin sepenuhnya kepada Allah S.W.T beramal dengan segala yang disuruh dan serta menjauhi segala yang dilarang.

3.Iman yang teguh membentuk seorang menjadi insan yang soleh, berakhlak mulia, bertanggug jawab, berani menegakkn keadailan dan sentiasa mempertingkatkan ilmu pengetahuan.

4. Iman terbentuk melalui hati, lidah dan amalan anggota. Iman juga boleh terbatal melalui ketiga-tiganya
a) Terbatal melalui hati seperti percaya Allah S.W.T tiada  atau percaya alam ini terjadi dengan sendirinya.
 b)Terbatal melalui lidah seperti menyatakan Al-Quran tidak sesuai diamalkan pada zaman ini atau ajarn islam ketinglalan zaman.
c)Terbatal memalui amalan anggota/perbuatan seperti menyembah berhala, menyembah kubur dan memakai tangkal azimat.
 5.Iman menghasilkan kesan yang positif dalam membentuk peribadi mulia individu muslim antara caranya ialah:
          a).Sentiasa berakhlak mulia dan malu untuk berperangai tidak sopan.
          b).Berani berjihat pada jalan Allah S.W.T
          c).Sentiasa pemurah dan suka bersedekah.
          d).Sentiasa bersabar dan tabah meghadapi ujian Allah S.W.T
          e).Sentiasa amanah dan bertanggug jawab melaksanakan tugas yang diberi

7.Keperluan iman dalam hidup.
          a)Membentuk insan muslim sejati
          b)Supaya istiqamah dalam ibadat
          c)Bertanggung jawab dan amanah
          d)Berani menegakkan kebenaran
          e)Pencetus semangat jihat
          f)Melahirkan generasi yang berakhlak mulia
          g)Sabar dan radha menghadapi kesusahan.

8.Ada banyak perkara yang membatalkan iman. Antaranya ialah Syirik, Kufur, Riddah, Khurafat, Sihir dan munafiq 

Monday, May 2, 2011

Kelebihan Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah bererti surah pembuka kata iaitu Surah yang pertama di dalam Al-Quran mengandungi 7ayat. Ia digelarkan "Ummul-Quran" (Ibu-Al-quran) kerana ia mengandungi secara ringkas dasar-dasar keseluruhan kandungan.

Semenjak zaman Rasulullah S.A.W dan para ulama kemudiannya telah mengamalkan membaca Surah ini pada setiap majlis agama dan berdoa. Memang isi kandung surah Al-Fatihahpun merupakan doa yang sangat berfaedah bagi setiap orang islam. Di antaranya ialah untuk memohon pertolongn dan pertunjuk Allah kepada jalan yang lurus (benar) dan bukan jalan yang menyesatkan.

Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW mengenai fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Fatihah ini. Di antara sabda baginda bermaksud:

*"Membaca Fatihah kitab (Al-Quran) mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran."
*Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 70kali setiap hari dalam keadaan berwudhuk dan ditiupkan pada air lali diminum selama 7hari. Inya-Allah akan mudah memperolehi ilmu pengetahuan; disamping itu dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara-perkara yang merosakkan.
*Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, surah Al-Falak dan surah An-Nas, Insya-Allah akan aman tenteram dan jauh dari ganguan jin dan syaitan.
* Bagi mereka yang mempunyai hajat yang baik, termasuk untuk mendapt kenaikan pangkat/darjat, untuk mendapat rezeki yang lumayan dari keadaan fakir, untuk mendapat menyelesaikan hutang, untuk menyemburkan penyakit, agar anak menjadi soleh dan berbagi hajat lagi, maka hendaklah memohon kepada Allah SWT dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 41kali  setiap hari. Waktunya ialah di antara solat sunnat subuh dan solat fardhu subuh. Amalkan amalan ini sehingga 40 hari Insya-Allah hajat hajat kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
*Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap lepas solat fardhu, Insya-Allah akan memperolehi rezeki yang lumayan, pangkat/darjat yang baik di sisi masyarakat , baik dari segi akhlak.  Mudah dalam urusan hidupnya dan keluarga mendapat perlindungan Allah S.W.T
*Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudahkan segala urusan hidup serta terhinda dari segala kesulitan.  Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41kali  semasa makan sahur malam. Insya-Allah akan dimakbulkan Allah S.W.T
*Setengah ulamak menganjurkan membaca Al-Fatihah sebanyak 40kali  setiap selepas solat magrib dan sunnatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah S.W.T Insya-Allah hajatnya akan termakbul.
*Dianjukan juga amalan membaca Al-Fatihah sebanyak 41kali, Inya-Allah dapat mengubati sakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lain. Hendaklah yakin bahawa Allah maha berkuasa keatas seluruh makluknya,tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah S.W.T. 

Demikianlah di antara fadhilat Al-Fatihah, dan banyak lagi Fadhilat lain apabila membaca surah Al-Fatihah

Saturday, April 30, 2011

Mengapa Kita Mesti Mati dan Hidup Selepas Mati

      Sebagi manusia pernahkah kita terfikir dan hati mula berkat " Jika tidak mati nescaya hidup akan terus kekal seperti keadaannya." 

 Tetapi jika kita memerhati dengan teliti dan membayangkan tentang kehidupan tanpa kematian,  nescaya dia mendapati kematian itu merupakan sesuatu kepastian sebagai seorang manusia. Jika kehidupan dunia itu berterusan tanpa kematian, manusia tetap tidak akan dapat mencapai lebih daripada jaraknya yang pendik, pengetahuan yang sempit dan ufuknya yang terbatas. Biar sebanyak mana ilmu yang diperolehinya semasa di dunia namun dia hanya boleh mengetahui mengikut kadar kebolehannya kerana permikiran manusia sudah di hadkan oleh Allah S.W.T.

Kematian itu sering mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seharian kita, ini kerana ia dapat mencegah manusia dari terpesona dengan keindahan dunia yang penuh degan pelbagi penipuan dan fitnah. Jika tiada kematian, manusia akan bertindak sekejam-kejamnya, pihak yang kuat akan mengania pihak yang lemah. Dengan ini kita boleh melihat ke Esaan dan ke Adilan Allah S.W.T.

Semoga manusia sentiasa dapat mengigati dan tidak melupakan hakikat yang mengerikan ini, iaitu hakikat kematian. Di dalam kehidup manusia ia tidak mempunyai rasa apa-apa ketakutan melainkan ia dapat merasa ketakutan itu dengan saat permindahan dari kehidupan dunia yang telah dikenalinya dan dihayatinya, kepada kehidupan akhirat iaitu denagan kematian. Pada dasarnya  ketakutan manusia kepada kematian itu berpunca dari sangkaannya bahawa dengan kematian, dia akan kehilangan kehidupan yang sangat-sangat dikasihinya. Tetapi adakah manusia akan takut mati setelah berasa yankin bahawa rohnya kekal abadi dan bahawa kehidupan yang sebenar sesudah mati. Apabila dia mengaitkan hakikat kematian dengan kerja pengkebumian maka timbullah di dalam diri manusia iaitu perasangka bahawa kematian itu bermaksud kehilagan kehidupan di dunia..

Ingatlah sesugguhnya kehidupan di dunia hanyalah sementara ia juga neraka bagi orang yang beramal soleh dan syurga bagi yang kufur dan fasik. Carilah amal kebajikan sebanyak mana yang boleh untuk dibawa bekalan pada alam kubur. Sesugguhnya manusia ini tidak dapat lari dari melakuakn dosa dan kesilapan, dengan ini kita dianjurkan beristighfar semoga Allah S.W.T. dapt mengampuni dosa makhluk ciptaannya, sesugguhnya  Allah maha mengetahui segala apa yang ada didalam dan diluar bumi....

Thursday, April 28, 2011

KENALI TOKOH ISLAM

Imam Syafie Rahimahullah

Riwayat hidup

1. Nama : Ialah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas Bin Usman bin Syafi Bin Sahib Bin Abdul Yazid Bin Hashim Bin A.Mutalib Bin Manaf, lahir pada 150H/767M di Qhazzah, Palastin, di daerah Asqilan.
2. Beliau berketurunan Quraish. Ayah dan ibunya berasal dari mekah. Ibunya bernama Fatimah binti Abdullah Bin Hasan Bin Ali Bin Abi Talib. Beliau dilahirkan pada kematian Imam Abu Hanifah R.H.
3. Bapanya meninggal dunia ketika beliau masih dalam kandungan ibunya. Ketika berusia 2 tahun, beliau kembali ke Mekah dan hidup miskin.
4. Beliau digelar Abu Abdullah kerana seorag anaknya bernama Abdullah. Juga digelar Syafie semperna nama datuknya.
5. Beliau seorang yang kuat ingatan, terang hati, rajin serta mempunyai peribadi yang sangat tinggi.
6. Pendapat beliau dikenali sebagai Mazhab Syafie.
7. Beliau sangat menjaga disiplin masa dimana 1/3 masanya digunakan untuk menulis ilmu, 1/3 digunakan untuk beribadat dan 1/3 lagi digunakan untuk beristirehat.
8. Meninggal dunia pada 29 rejab tahun 204 hijrah bersamaan 820 masihi di mesir.

Pendidikan

1. Mula belajar Al-Quran ketika umur 5 tahun dan menghafaz keseluruhan Al-Quran ketika berusia 9 tahun
Suaranya amat merdu.
2. Walaupun miskin, beliau gigih belajar. Beliau sentiasa berada disamping gurunya yang mengajar dan memberi syarahan. Ingatan yang sangat kuat memudahkan beliau menghafaz pelajarannya. Apabila ketiadaan  gurunya kerana sesuatu urusan, beliau mengambil alih tempat gurunya mengajar.
3. Disamping mendalami ilmu Al-Quran, Hadis dan Bahasa Arab dari pelbagai puak dan kabilah, beliau juga menguasai pelbagai lajah bahasa dan kebudayaan Arab di kampung Banu Huzail di kota Mekah. Beliau juga mahir dalam penulisan dan mampu menggubah syair-syair dan sajak-sajak yang amat indah.
4. Semasa dimekah beliau belajar Hadis daripada :
    a). Sufyan bin Uyainah : ulamak dan ahli hadis terkemuka di Mekah.
    b). Muslim bin Khlid Al-Zanjali: ulamak dan Mufti Mekah.
    c). Said bin Salam Al-Qadah
    d). Daud bin Abdul Rahman al-Ator
    e). Abdul Mujid bin Abdul Aziz.
5. Di Mekah juga beliau mempelajari ilmu Al-quran daripada Ismail bin Qistintin.
6. Di Madinah beliau belajar daripada beberapa tokoh ulamak hadis yang mahsyur. Antaranya:
    a). Imam malik bin Anas R.H
    b). Ibrahim bin Abi Yahya Al-Samii
    c). Muhammad bin Said bin Abi Fadil
    d). Abdullah bin Nafi Al-Soni.
7. Beliau meghafal Kitab Muwattak karangan imam malik R.H ketika berusia 10 tahun dan ketika itu beliau belum lagi berguru dengan imam tersebut.
8. Selain belajar di Mekah dan Madinah, Imam Shafie R.H mengembara ke iraq, parsi, palestin, dan yaman bagi menuntut ilmu. Disamping megembara beliau juga mengajar hadis yang terdapat dalam kitab muwattak. Beliau akhirnya menetap di Mesir.
9. Ketika umur berusia 15 tahun beliau diiktiraf guru sheikh di Masjidil Haram,Mekah dan boleh memberi fatwa.

Keperibadian

1. Beliau seorang yang tinggi, gagah, dan putih kulitnya. Suaranya menarik dan fasih. Budi perkertinya luhur, berpengetahuan dan bercita-cita tinggi. Terpancar pada peribadinya segala sifat kebesaran dan kemuliaan. sangat memelihara adab ketika menuntut ilmu.
2. Pakar dalam ilmu Falak, ahli sukan memanah dan handal menunggang kuda.

Kemiskinan Tidak Menghalag Daripada Menuntut Ilmu

Beliau mengutip kertas dalam bakul sampah di pejabat-pejabat untuk mencatat ilmu yang dipelajarinya. Biliknya yang sempit penuh dengan nota-nota tersebut. Setelah beberapa bulan, kesemua ilmu tersebut dihafalnya, biliknya menjadi lapag semula.


Sumbangannya

1. Mengasaskan kaedah-kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum seperti menggunakan hadis yang sohih untuk mensabit hukum tanpa melihat statusnya.
2. Tidak menerima kaedah istihsan.
3. Mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan hukum
4.Berijtihad mengikut tempat dan suasana. Ini terbukti dengan lahirnya  Qaul Qadim/pendapat lama di baghdad dan Qaul jadid/pendapat baru mesir.
5. Berhujah dengan golongan anti hadis. Perdebatan ini tersebut dalam kitab Al-Risalah
6. Beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah ibadah.
7. Beliau banyak mengarag buku terutamanya dalam feqah. Antara hasil karyanya ialah:

     a). Al-Um: Ibadat 
     b). Al-Risalah- Usul Feqah
     c). Al-Ikhtilaaful Hadis- Hadis
     d). Al- Musnad- Hadis

8. Beliau juga meniggalkan ramai anak murid yang berkelibar dalam bidag ilmu agama. Antaranya:

    a). Imam Abu Ibrahim Ismail bin Yahya Al-Munzi.
    b). Imam Ar-Rabi' bin Sulaiman bin Abdul Jabbar Al-Marawi.
    c). Imam Abu Sur
    d). Ibrahim bin Khalid bin Al-Yaman Al-Kalabi Al-Baghdadi
    e). Imam Husin bin Muhamad Al-Sobah Al-Za'farooni Al-Baghdadi.

9. Aliran pendapat beliau dikenali dengan mazhab Syafie yang berkembang di seluruh dunia termasuk di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand.
10. Di Malaysia pengaruh mazhab ini sangat ketara di mana fatwa hukum syarak mestilah berdasarkan pandagan muktamad dalam mazhab Shafie sekiranya tidak bertentangan dengan kemaslahatan awam.

Catatan lain
-Beliau digelar Bapa Usul Feqah kerana beliau orang pertama menulis buku di bidang tersebut iaitu Kitab Al-Risalah.
-Mazhab beliau merupakan mazhab yang dinamik dan intelektual. Ini disebabkan sifat beliau yang bijak berdebat, kuat ingatan serta mahir dalam hukum agama.

Keterangan ringkas yang dapat saya sampaikan mengenai riwayat Imam Syafie...
salah dan silap harap dapat dimaafkan dan apa yang baik datag dari Allah dan jika Ada salah dan silap itu kelemahan diri saya sendiri.. Akhir degan tasbih kifarah dan surah Al-Asr...